November 27, 2022

Temberang Ayda ke Indonesia

“Duh, aduh, aduh, aduh, aduh sayang, aduh aduh abang, aduh, aduh, jangan kau Temberang!”

Belum pun sebulan dilancarkan, single terbaru nyanyian Ayda Jebat sudah pun disenaraikan dalam playlist Spotify Indonesia.

Wow, Gayah tak hairan sebab memang lagu ini catchy dan membuat semua mahu berdansa. Paling nyata memang senang lekat dalam kepala.

Melihat kepada keseluruhan lagu ciptaan Ayda bersama Hael dan Ezra Kong ini, tidak hairan apabila ia mampu mencuri hati ramai pendengar. Banyak elemen muzik dan mood yang digarap kemas sehingga menjadikan Temberang mampu bertakhta di hati pendengar.

Setahun tempoh masa yang diambil penyanyi yang mula mencipta nama dengan single Siapa Diriku ini, ternyata berbaloi apabila Temberang sudah ditonton lebih 5 juta tontonan di laman YouTube dalam masa 19 hari.

“Seronok dan gembira apabila lagu ini diterima baik dan terima kasih kepada yang menyokong. AJS dan teman media, pengurusan serta semua pihak.

“Bagi saya, biar tidak terburu-buru asalkan siap dengan baik. Temberang juga lagu pertama saya yang siap sekali klip video,” katanya.

Ayda ternyata serius kerana dia terbabit secara langsung dalam setiap inci pembikinan video klip yang diarahkannya sendiri juga sepanjang proses lagu ini disiapkan.

Gayah memang respek dengan Ayda, sebab dia tahu apa yang dia mahu. Tak kisahlah, asal jangan TEMBERANG!

Jom layan video klip TEMBERANG https://www.youtube.com/watch?v=Mu1HpaD-CL8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts