Dua lagenda rock negara, Datuk Awie dan Search KidDin bakal menggegarkan pentas rock tanah air dengan Konsert Jelajah Rockology 2025.
Bakal berlangsung di dua lokasi utama, iaitu di Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 5 Julai depan.
Awie berkata, konsert itu akan menjadi satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock di negara ini.
Tambahnya, beliau menerima pelawaan untuk terlibat dalam konsert berkenaan disebabkan oleh misi dan semangat yang dibawa dalam jelajah berkenaan.
“Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program tanggungjawab sosial korporat kami, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara.
“Ia adalah sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan.
“Ini cara kami memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar,” katanya.
Tiket boleh dibeli menerusi laman web https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga bermula RM98. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest 2.0 Tarik 300,000 Pengunjung – Hargai Ikon Seni Muzik Tempatan
-
Perkenal Tiga Anugerah Baharu – KamiSempoi Golden Award 2024 Tambah Kategori
-
Sufian Suhaimi Sah Bernikah – Bergelar Suami Kepada Rania AL Sadat
-
Gandingan Tiga Vokal Hebat – Datin Alyah, Ayu Dan Idayu Janji Kenangan Terindah
-
Finalis Mentor Millenia – Rika Riana Muncul Single Harus Begini Jadinya