Meski mempunyai nama gah, lagenda rock negara Datuk Amy Search mengakui bukan mudah untuk dirinya membuat keputusan muncul dengan konsert solo.
Baginya, keputusan untuk membuat konsert perlu meninggalkan impak dan mengukir satu kenangan terindah buat penggemarnya sejak hampir lima dekad lalu.
Akhirnya, beliau bakal muncul dengan konsert solo pertamanya ‘Amy Search Magic’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.
Bagi Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 67, beliau kini sudah bersedia untuk menampilkan sisi berbeza dalam kariernya selepas beberapa kali menolak pelawaan mengadakan konsert solo sebelum ini.
“Tidak dinafikan memang ramai yang menawarkan saya menjayakan konsert solo, tapi saya selalu beri alasan belum bersedia. Selain itu, banyak faktor yang menjadi kekangan, antaranya sebelum ini saya terlalu sibuk bersama Search jadi saya tidak mahu mengganggu jadual bersama mereka.
“Tahun lepas saya terima tawaran ini yang datang daripada pengarah konsert Jennifer Thompson, saya terus terima kerana saya mahukan barisan tenaga kreatif yang cukup berpengalaman dan bukan tangkap muat,” katanya.
Katanya, lagu-lagu yang bakal dinyanyikannya pada konsert itu adalah perjalanan suka dukanya selama lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air.
Sementara itu, Jennifer berkata barisan pemuzik yang bakal mengiringi Amy pada konsert berkenaan adalah antara yang terbaik dalam industri.
Lebuh menarik, konsert itu bakal dipimpin oleh pengarah muzik dari Jepun Rie Tsuji yang berpengalaman dan pernah bekerja dengan penyanyi antarabangsa termasuk Beyonce dan Jay Z.
“Dia kenal lagu saya dan faham kemahuan saya malah kami juga pernah bekerjasama sebelum ini,” katanya.
Tiket untuk konsert ini sudah dijual bermula 5 Feb 2025 di www.wowtix.com.my. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya