Artis termasuk penyanyi juga layak bergelar pakar dalam bidang yang diceburi lebih-lebih lagi mereka yang berpengalaman luas dalam industri.
Bagi Azharina Azhar, artis mempunyai kepakaran yang dibentuk serta dicapai melalui pengalaman dimiliki sepanjang menjadi anak seni.
“Bagi saya, artis juga layak bergelar pakar lebih-lebih lagi dalam bidang yang mereka lakukan seperti kerjaya menyanyi misalnya.
“Masing-masing memiliki pengalaman yang bukan setahun dua tetapi berpuluh tahun dan melalui proses pembelajaran sepanjang menjadi artis,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Single Realiti nyanyiannya bersama Kozae di restoran Kedey Kamek, Sunway Putra Kuala Lumpur.
Bercerita lanjut mengenai isu yang sedang hangat diperdebatkan mengenai pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) Azharina menganggap penyanyi nombor satu negara itu sebagai lagenda.
Dia mengakui tidak begitu rapat dengan Siti Nurhaliza namun menghormati penyanyi itu sebagai antara artis terbaik negara.
“Siti seorang legend. Saya jujurnya tidak kenal rapat dan hanya kenal beliau sebagai teman artis.
“Siti Nurhaliza banyak memberikan impak positif terhadap artis lain dengan pencapaian yang dimiliki.
“Pakar ini, ada pakar IT, ekonomi dan gastronomi, ada macam-macam pakar dan kita kena ingat Siti Nurhaliza is a master in her own craft,” katanya.
Azharina juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak pernah jemu belajar termasuk berusaha memperbaiki bahasa Inggerisnya satu ketika dulu.
Lantaran itulah, penyanyi lagu Elegi Sepi itu berkata, Siti Nurhaliza layak diiktiraf sebagai pakar dalam bidang seni nyanyian.
“Saya juga pasti panel yang membuat pilihan berpengalaman dan tahu untuk melantik siapa yang layak berdasarkan kredibiliti yang ditetapkan.
“Bagi saya Siti Nurhaliza sangat layak dalam teknikaliti nyanyian yang dimiliki serta pencapaian hampir 30 tahun bergelar penyanyi.
“Adatlah manusia ada yang suka ada yang tidak, hakikatnya Siti Nurhaliza sangat layak,” katanya.
Terdahulu, Azharina mengakui gembira dan teruja pada pelancaran Realiti yang hadir selepas lapan tahun tidak muncul dengan lagu baharu.- GayahIsTyping
You may also like
-
Perisma Hargai Sokongan Selebriti – Fokus Usaha Jaga Kebajikan
-
Makar Fest 2.0 Tarik 300,000 Pengunjung – Hargai Ikon Seni Muzik Tempatan
-
Jelajah Rockology 2025 – Gabungan Awie & Search KidDin
-
Perkenal Tiga Anugerah Baharu – KamiSempoi Golden Award 2024 Tambah Kategori
-
Sufian Suhaimi Sah Bernikah – Bergelar Suami Kepada Rania AL Sadat