Saturday Night Celebrating Bee Gees -Pengalaman Bee Gees Bertaraf Dunia Julung Kali Di Asia

Bersiaplah untuk mengimbau semula keajaiban abadi Bee Gees apabila Saturday Night – Celebrating Bee Gees, kumpulan bertaraf antarabangsa, bakal membuat penampilan sulung mereka di Asia pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Digelar sebagai “Bee Gees terakhir secara incognito” oleh The Jersey Evening Post dan dipuji oleh The Stage atas “kemahiran muzik yang unggul” serta “aura pentas yang bertenaga”, kumpulan berbakat enam orang ini telah memukau penonton di seluruh Eropah dan Timur Tengah dengan harmoni yang sempurna dan persembahan pentas yang mengujakan.

Menampilkan Brian Allen, Mark Garrity, Ted Golding, Will Rayson, Carol Golding, dan John Andrews, Saturday Night Bee Gees telah meluangkan lebih 15 tahun alam usaha memperingati irama dan semangat yang menjadikan Bee Gees antara kumpulan muzik terhebat di dunia. Dari pentas berprestij seperti Hammersmith Odeon dan Royal Festival Hall di London hingga ke festival utama di Belanda, Malta, dan Portugal, persembahan mereka sering mendapat tepukan gemuruh setiap malam.

Para peminat boleh menantikan satu persembahan penuh tenaga yang membawa semula lagu-lagu paling ikonik Bee Gees seperti “Stayin’ Alive”, “Night Fever”, “How Deep Is Your Love” dan banyak lagi — disampaikan dengan vokal yang tepat dan semangat bertenaga yang menjadi lambang satu generasi.

Dengan pengalaman berkongsi pentas bersama legenda muzik seperti The Commodores dan Sister Sledge, serta pernah bekerjasama dengan ikon muzik seperti Duran Duran dan Cliff Richard, Saturday Night Bee Gees menjanjikan pengalaman nostalgia ke era kegemilangan disko – semuanya dalam satu malam yang gemilang.

Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk menyaksikan konsert yang telah memikat penonton di seluruh dunia — kini hadir buat pertama kalinya di Asia, hanya untuk dua malam di Kuala Lumpur!

Tiket untuk Saturday Night – Celebrating Bee Gees kini mula dijual, dengan harga bermula dari RM198 (CAT C) hingga RM638 (Premium).

Eksklusif untuk Pemegang Kad Maybank: Nikmati diskaun sehingga 25% apabila anda membuat bayaran menggunakan kad Maybank anda. Tertakluk kepada terma & syarat.

Maklumat lanjut di: www.milestone-entertainment.com – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *